Dokumen Perjalanan dan Pasport
Rakyat Brunei

Muat Turun Borang Pasport


Penduduk Tetap Brunei
Maklumat Lain

Rakyat Brunei

Dokumen perjalanan yang dikeluarkan adalah:

Pasport Antarabangsa Brunei (Biometrik Paspot)

Pasport tersebut hanyalah dikeluarkan kepada Warganegara Brunei. Ia boleh digunakan untuk perjalanan ke seluruh dunia.

Cara memohon untuk Pasport Antarabangsa Brunei:

Untuk Memohon Pasport tersebut, pemohon hendaklah menghadapkan permohonannya sendiri ke bahagian Dokumen Perjalanan di Tingkat Bawah Bangunan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan atau juga cawangan-cawangan daerah yang lain pada waktu-waktu pejabat saja.

Dokumen yang perlu dibawa bersama:
Kad Pengenalan dan salinannya
Sijil Kelahiran Asal dan salinannya
Sijil Nikah Asal dan salinannya (sudah berumahtangga)
Sijil Kerakyatan Asal dan salinannya
Tiga keping gambar ukuran Pasport

Tempoh Mansuh
Berumur 12 tahun keatas - 10 tahun
Dibawah umur 12 tahun - 5 tahun

Tempoh Memproses
3 hari waktu bekerja

Bayaran Pasport
Bagi umur 12 tahun ke Atas - B$60.00 ( 5 Tahun)
Dibawah umur 12 tahun - B$25.00

Sijil Pengenalan Biasa Brunei Darussalam (GCI)

Pasport tersebut hanyalah dikeluarkan kepada Warganegara Brunei. Ia hanya boleh digunakan untuk destinasi Sabah, Labuan dan Sarawak

Cara memohon untuk Pasport CGI

Untuk Memohon Pasport tersebut, pemohon hendaklah menghadapkan permohonannya sendiri ke bahagian Dokumen Perjalanan di Tingkat Bawah Bangunan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan atau juga cawangan-cawangan daerah yang lain pada waktu-waktu pejabat saja.

Dokumen yang perlu dibawa bersama adalah:
Kad Pengenalan dan salinannya
Sijil Kelahiran Asal dan salinannya
Tiga keping gambar ukuran Pasport

Tempoh Mansuh
10 Tahun Saja

 

Tempoh Memproses
2 Hari Waktu Bekerja

Bayaran Passport
B$35.00

Passport Diplomatik
Dikeluarkan atas arahan dari Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri

Pasport tersebut dikeluarkan kepada Warganegara Brunei yang menjalankan tugas-tugas rasmi kerajaan. Tiada bayaran dikenakan.

Passport Haji
Dikeluarkan sekali setahun kepada bakal-bakal Haji bagi Warganegara Brunei Darussalam. Setiap permohonan hendaklah melalui Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei.
Yuran dikenakan sebanyak B$10.00 bagi passport haji.

 

Penduduk Tetap

Dokumen Perjalanan yang dikeluarkan adalah:

Sijil Pengenalan Antarabangsa Brunei Darussalam (ICI)

Pasport tersebut hanyalah dikeluarkan kepada Penduduk Tetap Brunei Darussalam dan Pemegang Permit Masuk.

Untuk Memohon Pasport tersebut, pemohon hendaklah menghadapkan permohonannya sendiri ke bahagian Dokumen Perjalanan di Tingkat Bawah Bangunan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan atau juga cawangan-cawangan daerah yang lain pada waktu-waktu pejabat saja.

Dokumen yang dibawa bersama adalah:
Kad Pengenalan dan salinannya
Sijil Kelahiran Asal dan salinannya
Kad Permit Masuk/ Resident Permit Asal dan salinannya
Tiga keping gambar ukuran pasport
Salinan asal passport lama jika perlu(MRP/GCI/CI)

Tempoh Mansuh
5 Tahun Saja

Tempoh Memproses
3 Hari Waktu Bekerja

Maklumat Lain

Pasport hilang atau rosak
Jika Pasport awda hilang, pemegang Pasport tersebut hendaklah melapurkan kepada Balai Polis yang berdekatan sebelum memohon untuk mengganti. Keterangan polis dan juga surat sumpah dari mahkamah hendaklah dibawa bersama dokumen yang lain ke Bahagian Dokumen Perjalanan Bangunan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan.

Akan tetapi bagi Pasport atau dokumen perjalanan yang rosak, awda dikehendaki membuat keterangan di Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan.

Awda dikehendaki membawa dokumen-dokumen yang diperlukan bagi sebarang penggantian Pasport atau dokumen perjalanan.
Denda akan dikenakan sebanyak B$150 bagi kali pertama
B$300 bagi kali kedua
B$450 bagi kali ketiga
Bagi kes kebakaran rumah kediaman, surat pengesahan dari pejabat Perkhidmatan Bomba dan pengesahan dari ketua kampong atau penghulu adalah diperlukan.

 
 

1958-2008

Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan diketuai oleh Pengarah Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan yang mana ia mempunyai dua Timbalan Pengarah iaitu Timbalan Pengarah Imigresen dan Timbalan Pengarah Pendaftaran Kebangsaan.

Dibawah Bahagian Imigresen terdapat dua Penolong Pengarah yang mana salah satu mengawal Bahagian Pas Kerja dan juga Bahagian Visa Lawatan dan Diplomatik manakala satu lagi mengawal Bahagian Pos Kawalan dan Penguatkuasaan dan Undang-undang....Read more

 

 

Home           About us           Support          Services           Contacts           Help           download