Pada 2 Disember 2015, Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Tuan Azhar bin Hj Ahmad telah membuat lawatan kerja ke Lapangan Terbang Antarabangsa Berakas. Beliau juga telah diberikan taklimat ringkas mengenai struktur Jabatan, fungsi dan tatacara pemeriksaan penumpang yang dilaksanakan oleh Pegawai Jabatan ini. Beliau juga diberikan taklimat ringkas mengenai tatacara penggunaan e-Gate.