Tujuan taklimat diadakan adalah untuk meningkatkan lagi kesedaran dikalangan pegawai dan kakitangan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan tentang bahayanya melakukan perbuatan rasuah yang boleh merosakkan akhlak dan juga negara. Taklimat ini juga bagi menyambut seruan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu`izzadin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa`adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang di Pertuan Negara Brunei Darussalam yang dipetik dari Pelita Brunei : " JANGAN anggap ' rasuah kecil ' tidak mengapa, tetapi ingatlah kepada risikonya. Kecil atau besar, sedikit atau banyak, adalah sama-sama bernama penyakit, yang boleh menjejaskan negara. Negara yang karam dengan rasuah adalah negara yang malang. " -Keluaran Akhbar Pelita Brunei 27 Disember 2010 – Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 2008 Pada 1 Januari 2008.