Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksKad Pengenalan Pintar

Bahagian Kad Pengenalan Pintar bertanggungjawab dalam mengendalikan permohonan bagi kad pengenalan pintar kepada warganegaa Brunei Darussalam, Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam dan warganegara asing yang berkelayakan. Dokumen perjalanan boleh dipohonkan di Ibu Pejabat, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan atau di cawangan-cawangan Jabatan di daerah-daerah yang lainnya.

Orang ramai adalah disarankan untuk memuat turun Aplikasi QueUP dari AppStore atau GooglePlay dan membuat tempahan nombor giliran lebih awal. Ini akan dapat menjimatkan masa menunggu bagi orang ramai dan menjamin nombor giliran bagi permohonan yang dihadapkan.

Sila rujuk Tekad Pemedulian Orang ramai (TPOR) bagi tempoh perlaksanaan perkhidmatan.

 

Jenis-jenis permohonan kad pengenalan pintar mengikut kategori:

IMG_8687.JPG
JENIS KAD PENGENALAN PINTAR KATEGORI PERMOHONAN
Kad Pengenalan Pintar (Kuning) dikeluarkan kepada Warganegara Brunei Darussalam yang berumur 12 tahun ke atas.
Kad Pengenalan Pintar (Ungu) dikeluarkan kepada Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam yang memegang pas Permit Masuk  (Entry Permit pass) sah dan mencapai umur 12 tahun ke atas.
Kad Pengenalan Pintar (Hijau) dikeluarkan kepada warganegara asing yang memegang pas imigresen yang sah dan tinggal di Negara Brunei Darussalam bagi tempoh melebihi 3 bulan.
 

Dokumen yang diperlukan bagi permohanan Kad Pengenalan Pintar:

Kad Pengenalan Pintar yang mansuh semasa berada di luar negeri

Warganegara Brunei Darussalam yang sedang belajar atau sedang menjalani rawatan di luar negeri adalah dinasihatkan untuk memaklumkan berhubung kad pengenalan pintar yang mansuh di Perwakilan Negara Brunei Darussalam yang terdekat. Pemegang kad pengenalan pintar bolehlah membaharui kad mereka setelah tiba di Negara Brunei Darussalam. 

Denda kompoun

Berdasarkan kepada Peraturan 24(3), Akta Pendaftran Kebangsaan (Pindaan) 2000, jika seseorang gagal untuk mendaftar kad pengenalan pintar pada waktunya boleh dikenakan denda kompaun maksimum tidak lebih dari BND$200.00