Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksKemudahan Perjalanan Kerap (FTF)


APA DIA KEMUDAHAN PERJALANAN KERAP (FTF)?

Kemudahan Perjalanan Kerap (FTF) adalah projek kerjasama di antara Kerajaan Negara Brunei Darussalam dan Malaysia bagi mengurangkan cap Imigresen dan penggunaan muka surat di dalam passport kepada warganegara yang kerap melakukan perjalanan di antara pos-pos kawalan kedua buah negara.


Pos-Pos Kawalan Imigresen yang terlibat ialah:


brunei ftf.JPGarrow3.JPGmalaysia ftf.JPG



SIAPA YANG BERKELAYAKAN MEMOHON KEMUDAHAN PERJALANAN KERAP (FTF)?

Kemudahahan Perjalanan Kerap (FTF) adalah diberikan kepada warganegara Brunei Darussalam yang memegang pasport Biasa, Diplomatik, Rasmi atau Sijil Pengenalan Biasa (GCI) dan mereka yang mempunyai tempoh pasport tidak kurang dari 12 bulan dari tempoh mansuh.



CARA MEMOHON:


Dengan mendapatkan borang permohonan di cawangan - cawangan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan di daerah masing - masing.

Bagi sebarang pertanyaan lanjut berhubung Kemudahan Perjalanan Kerap (FTF) bolehlah menghubungi: Bahagian Penyelidikan, Perkembangan dan Komputer Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan.

Tel: 2383106 sambungan 115/123


ATAU


Kemudahan Perjalanan Kerap (FTF) bolehlah dipohonkan dengan melayari laman sesawang di bawah ini:

http://www.ftf.gov.bn