


Majlis Pembukaan Rasmi The Twenty – Eighth ASEAN Directors – General of Immigration Departments and Heads of Consular Affairs Divisions of t he Ministries of Foreign Affairs Meeting (28th DGICM) and its Related Meetings telah diadakan pada hari Rabu, 13hb.,Ogos 2025 bertempat di Rizqun International Hotel, Gadong. Hadir selaku Tetamu Kehormat dan menyempurnakan Majlis Pembukaan Rasmi tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.
Majlis Pembukaan Rasmi Mesyuarat 28th DGICM and its Related Meetings tersebut telah dihadiri oleh Tuan-Tuan Yang Terutama dan Puan Yang Terutama Duta-Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Negara-Negara ASEAN, Timor-Leste, Australia, Republik Rakyat China, Jepun dan Republik Korea ke Negara Brunei Darussalam, Setiausaha-Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri serta Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
Juga hadir di Majlis Pembukaan Rasmi pada hari ini ialah Ketua-Ketua Jabatan serta pegawai-pegawai kanan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan.



