BRUNEI-MUARA FREQUENT TRAVELLER PROGRAMME
Kemudahan Brunei-Malaysia Frequent Traveller Programme (BMFTP) adalah projek kerjasama di antara Kerajaan Negara Brunei Darussalam dan Malaysia bagi mengurangkan cap Imigresen dan penggunaan muka surat di dalam passport kepada warganegara yang kerap melakukan perjalanan di antara pos-pos kawalan kedua buah negara.
Pos-pos kawalan Imigresen yang terlibat ialah:
BRUNEI
SUNGAI TUJOH KUALA BELAIT
FERI TERMINAL SERASA
KUALA LURAH
UJUNG JALAN
LABU
MALAYSIA
SUNGAI TUJOH MIRI
LABUAN
TEDUNGAN LIMBANG
PANDARUAN LIMBANG
MENGKALAP LAWAS
BMFTP adalah dibukakan kepada:
- Warganegara Brunei Darussalam
- Pemegang pasport Biasa, Diplomatik, Rasmi atau Sijil Pengenalan Biasa (GCI)
- Tempoh dokumen perjalanan tidak kurang dari 12 bulan dari tempoh mansuh
Cara memohon:
- Melayari laman sesawang http://www.bmftp.gov.bn
- Berurusan terus ke Tingkat 5, Bahagian Penyelidikan, Perkembangan dan Komputer. Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan. No Telefon: 2383106 extension 123.
