gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

VISI

Ke arah Perkhidmatan Yang Dinamik dan Kredibel.

MISI

Memberikan Perkhidmatan Yang Berkualiti Kepada Orang Ramai Serta Memastikan Wargakerja Jabatan Adalah Sentiasa Komited Dalam Menjalankan Tanggungjawab Menguatkuasakan Undang-Undang Dan Peraturan-Peraturan Yang Berkaitan Dengan Hal Ehwal Imigresen Dan Pendaftaran Kebangsaan

SLOGAN

MESRA, TEGAS DAN BERWIBAWA

Bahagian Warganegara

Bahagian Pendaftaran Taraf Kebangsaan (Warganegara) bertanggungjawab dalam memproses permohonan untuk mendapatkan taraf sebagai rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Bahagian ini juga memberikan pengesahan taraf kerakyatan mengikut Bab-Bab yang telah diperuntukan d​i bawah Akta Pendaftaran Kebangsaan Brunei, Penggal 15.

Sejarah Pendaftaran Taraf Kebangsaan

Pada 1 Januari 1961 Undang-Undang Pendaftaran Taraf Kebangsaan 1961 telah dikuatkuasakan. Dengan berkuatkuasa undang-undang Pendaftaran Kebangsaan ini terbentuklah satu Jabatan yang dikenali sebagai Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan. Pada 6 September 1962 Mr. Tom Mackie selaku Pendaftar Taraf Kebangsaan telah dilantik sebagai Pendaftar Perkahwinan mengikut Bab 8 dari Undang-Undang Pendaftaran Perkahwinan disamping menjalankan Jawatan-jawatan yang ada.

Pada 11 Ogos 1963 Pengawal Imigresen dan Pendaftaran Taraf Kebangsaan yang pertama ini telah menamatkan kontrak perkhidmatannya. Awang Mohd Jaafar bin Haji Mohd Daud telah dilantik sebagai Pendaftar Taraf Kebangsaan mulai pada 12 Ogos 1963. Pada 11 februari 1965 Mr. Thomas Patrick Forde telah dilantik sebagai Pengawal Imigresen dan juga sebagai Pendaftar Taraf Kebangsaan yang baru.

Bahagian Pendaftaran Taraf Kebangsaan ini adalah bertanggungjawab menerima dan memproses permohonan-permohonan berdasarkan undang-undang dan peraturan-peraturan dari Akta taraf Kebangsaan Brunei Penggal 15. Rakyat Negara Brunei Darussalam terbahagi kepada 3 Kategori iaitu:

  1. Mutlak Undang-undang di bawah Bab 4(1) termasuk tujuh (7) Puak Jati Brunei
  2. Secara Pendaftaran di bawah bab 5(1), 5(6) dan 6(1)
  3. Secara Penuangan di bawah Bab 8(1)

    Buku Kurikulum Ujian Bertulis Bahasa Melayu juga telah secara resminya di lancarkan pada 01 April 2004 oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Setia Bakti Diraja Dato Seri Laila Jasa Awang Haji Isa bin Ibrahim, mantan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri merangkap Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Tujuan utama buku kurikulum tersebut diterbitkan adalah untuk mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan Bahagian Pendaftaran Kebangsaan kepada orang ramai yang membuat permohonan terutama sekali bagi mereka yang hendak memohon Ujian Bertulis Bahasa Melayu. (Sumber: Buku Ristaan, Sempena Jubli Emas Penubuhan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan 1958-2008 (muka surat 99-100).