gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

BRUNEI-MUARA FREQUENT TRAVELLER PROGRAMME

Kemudahan Brunei-Malaysia Frequent Traveller Programme (BMFTP) adalah projek kerjasama di antara Kerajaan Negara Brunei Darussalam dan Malaysia bagi mengurangkan cap Imigresen dan penggunaan muka surat di dalam passport kepada warganegara yang kerap melakukan perjalanan di antara pos-pos kawalan kedua buah negara.

Pos-pos kawalan Imigresen yang terlibat ialah:

BRUNEI

SUNGAI TUJOH KUALA BELAIT

FERI TERMINAL SERASA

KUALA LURAH

UJUNG JALAN

LABU

+
*

MALAYSIA 

SUNGAI TUJOH MIRI

LABUAN

TEDUNGAN LIMBANG

PANDARUAN LIMBANG

MENGKALAP LAWAS

BMFTP adalah dibukakan kepada:

  • Warganegara Brunei Darussalam
  • Pemegang pasport Biasa, Diplomatik, Rasmi atau Sijil Pengenalan Biasa (GCI)
  • Tempoh dokumen perjalanan tidak kurang dari 12 bulan dari tempoh mansuh

Cara memohon:

  • Melayari laman sesawang http://www.bmftp.gov.bn
  • Berurusan terus ke Tingkat 5, Bahagian Penyelidikan, Perkembangan dan Komputer. Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan. No Telefon: 2383106 extension 123.