Bahagian Dokumen Perjalanan bertanggungjawab mengeluarkan dokumen perjalanan kepada warganegara dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam. Dokumen perjalanan boleh dipohonkan di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan atau di cawangan-cawangan Jabatan di daerah-daerah yang lainnya.
Orang ramai adalah disarankan untuk memuat turun Apliksai QueUp dari Appstore atau Googleplay dan membuat tempahan nombor giliran lebih awal. Permohonan secara walk-in masih dijalankan seperti biasa. Terdapat juga kaunter khas untuk warga emas dan kanak-kanak dibawah umur 5 tahun.
Sila muat turun Borang Pendaftaran bagi Permohonan Dokumen Perjalanan di sini.
JENIS DOKUMEN PERJALANAN
Pasport Rasmi dikeluarkan kepada warganegara Brunei Darussalam yang mendapat kebenaran daripada Jabatan Perdana Menteri.
Kegunaan: Bagi tujuan bertugas / lawatan rasmi ke luar negeri
Spesifikasi: Biometrik
Bayaran: Percuma
Tempoh mansuh: 5 tahun
KATEGORI PERMOHONAN
- Permohonan di Negara Brunei Darussalam bagi yang berumur 12 tahun ke atas.
- Permohonan di Negara Brunei Darussalam bagi yang berumur 12 tahun ke bawah.
- Permohonan di luar Negara Brunei Darussalam bagi yang berumur 12 tahun ke atas.
- Permohonan di luar Negara Brunei Darussalam bagi yang berumur 12 tahun ke bawah.
JENIS DOKUMEN PERJALANAN
Pasport Diplomatik dikeluarkan kepada waraganegara Brunei Darussalam yang mendapat kebenaran daripada Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri.
Kegunaan: Bagi tujuan bertugas / lawatan rasmi ke luar negeri
Spesifikasi: Biometrik
Bayaran: Percuma
Tempoh mansuh: 5 tahun
KATEGORI PERMOHONAN
- Permohonan di Negara Brunei Darussalam bagi yang berumur 12 tahun ke atas.
- Permoahonan di Negara Brunei Darussalam bagi yang berumur 12 tahun ke bawah.
- Permohonan di luar Negara Brunei Darussalam bagi yang berumur 12 tahun ke atas.
- Permohonan di luar Negara Brunei Darussalam bagi yang berumur 12 tahun ke bawah.
JENIS DOKUMEN PERJALANAN
Pasport Biometrik Brunei dikeluarkan kepada warganegera Brunei Darussalam.
Kegunaan: Bagi tujuan lawatan ke luar negeri
Spesifikasi: Biometrik
Bayaran: BND$60.00
Tempoh mansuh: 5 tahun
KATEGORI PERMOHONAN
- Pendaftaran Dokumen Perjalanan Kali Pertama di Negara Brunei Darussalam bagi yang berumur 12 tahun ke atas
- Pendaftaran Dokumen Perjalanan Kali Pertama di Negara Brunei Darussalam di bawah umur 12 tahun
- Pendaftaran Membaharui Dokumen Perjalanan di Negara Brunei Darussalam bagi yang berumur 12 tahun ke atas
- Pendaftaran Membaharui Dokumen Perjalanan di Negara Brunei Darussalam di bawah umur 12 tahun
- Permohonan di luar Negara Brunei Darussalam bagi yang berumur 12 tahun ke atas.
- Permohonan di luar Negara Brunei Darussalam bagi yang berumur 12 tahun ke bawah.
JENIS DOKUMEN PERJALANAN
Sijil Pengenalan Biasa (GCI) dikeluarkan kepada warganegara Brunei Darussalam.
Kegunaan: Bagi tujuan lawatan ke luar negeri terhad ke Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja
Spesifikasi: Machine Readable
Bayaran: BND$35.00
Bayaran bagi memasukkan / menambah keterangan anak di dalam Sijil Pengenalan Biasa ayah / ibu (maksimum 4 orang anak berumur 11 tahun dan kebawah) : Percuma
Tempoh mansuh: 10 tahun
KATEGORI PERMOHONAN
-
Permohonan bagi memasukkan / menambah keterangan anak di dalam Sijil Pengenalan bapa / ibu.
JENIS DOKUMEN PERJALANAN
Sijil Pengenalan Brunei (CI) dikeluarkan kepada Penduduk Tetap Brunei Darussalam.
Kegunaan: Bagi tujuan lawatan ke luar negeri
Specifikasi: Machine Readable
Bayaran: BND$50.00
Tempoh mansuh: 5 tahun.
Nota: Pemegang dokumen perjalanan ini dinasihatkan untuk memeriksa keperluan visa bagi negara yang ingin dituju sebelum melakukan perjalanan ke luar negeri.
KATEGORI PERMOHONAN
- Pendaftaran Dokumen Perjalanan Kali Pertama di Negara Brunei Darussalam bagi yang berumur 12 tahun ke atas
- Pendaftaran Dokumen Perjalanan Kali Pertama di Negara Brunei Darussalam di bawah umur 12 tahun
- Pendaftaran Membaharui Dokumen Perjalanan di Negara Brunei Darussalam bagi yang berumur 12 tahun ke atas
- Pendaftaran Membaharui Dokumen Perjalanan di Negara Brunei Darussalam di bawah umur 12 tahun
- Permohonan di luar Negara Brunei Darussalam bagi yang berumur 12 tahun ke atas.
- Permohonan diluar Negara Brunei Darussalam bagi yang berumur 12 tahun ke bawah.
JENIS DOKUMEN PERJALANAN
Sijil Darurat dikeluarkan kepada Warganegara Brunei Darussalam yang kehilangan atau kerosakkan dokumen perjalanan semasa berada di luar negeri dan bagi anak damit yang lahir di luar negara yang mana ayahnya adalah sah taraf sebagai warganegara Brunei Darussalam. Dikeluarkan oleh Perwakilan Negara Brunei Darussalam di luar negeri.
Kegunaan: Bagi tujuan masuk kembali ke Negara Brunei Darussalam
Bayaran: BND$20.00
Tempoh mansuh: Sijil ini sah digunakan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh ianya dikeluarkan dan bagi sekali perjalanan ke Negara Brunei Darussalam sahaja.
KATEGORI PERMOHONAN
KEHILANGAN DOKUMEN PERJALANAN
Permohonan di Negara Brunei Darussalam bagi yang berumur 12 tahun ke atas
Dokumen yang diperlukan:
- Borang permohonan
- Kad Pengenalan (asal dan salinan)
- Kad waran polis /kad ABDB (asal dan salinan)
- Sijil kelahiran (asal dan salinan)
- Kad Permit Masuk (jika berkenaan) (asal dan salinan)
- Laporan polis
- Surat aduan bagi kehilangan pasport
- Surat sumpah dari mahkamah
Bayaran:
Bayaran dikenakan berpandukan jenis dokumen perjalanan dan bayaran surcharge (tidak
termasuk bayaran membaharui pasport) seperti yang berikut: - Kali pertama : BND$150.00
- Kali kedua : BND$300.00
- Kali ketiga dan seterusnya: BND$450.00
Permohonan di Negara Brunei Darussalam bagi yang berumur 12 tahun ke bawah
Dokumen yang diperlukan:
- Borang permohonan
- Sijil kelahiran (asal dan salinan)
- Kad Pengenalan ayah dan ibu (asal dan salinan)
- Kad waran polis / kad ABDB ayah (asal dan salinan)
- Sijil nikah bagi ayah dan ibu pemohon (asal dan salinan)
- Sijil cerai bagi ayah dan ibu (jika berkenaan) (asal dan salinan)
- Surat dari mahkamah bagi anak angkat (jika berkenaan) (asal dan salinan)
- Kad Permit Masuk (Entry Permit) (jika berkenaan) (asal dan salinan)
- Laporan polis
- Surat aduan bagi kehilangan pasport
- Surat sumpah dari mahkamah
Bayaran:
Bayaran dikenakan berpandukan jenis dokumen perjalanan dan bayaran surcharge (tidak
termasuk bayaran membaharui pasport) seperti yang berikut:
1. Kali pertama: BND$150.00
2. Kali kedua: BND$300.00
3. Kali ketiga dan seterusnya: BND$450.00
Permohonan di luar Negara Brunei Darussalam bagi yang berumur 12 tahun ke atas
Dokumen yang diperlukan:
- Borang permohonan
- Kad Pengenalan Pintar (salinan)
- Kad waran polis dan kad ABDB (jika berkenaan) (salinan)
- Sijil kelahiran ( salinan)
- Kad Permit Masuk (Entry Permit) (jika berkenaan) (salinan)
- Laporan polis
- Surat kebenaran dari Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri
- Resit pembayaran (termasuk bayaran surcharge)
Bayaran:
Bayaran dikenakan berpandukan jenis dokumen perjalanan dan bayaran surcharge
(tidak termasuk bayaran membaharui pasport) seperti yang berikut:
1. Kali pertama : BND$150.00
2. Kali kedua : BND$300.00
3. Kali ketiga dan seterusnya: BND$450.00
Permohonan di luar Negara Brunei Darussalam bagi yang berumur 12 tahun ke bawah
Dokumen yang diperlukan:
- Borang permohonan
Sijil kelahiran (salinan) - Kad Pengenalan pintar ayah dan ibu (salinan)
- Kad waran polis / kad ABDB ayah (jika berkenaan)(salinan)
- Sijil nikah bagi ayah dan ibu pemohon (salinan)
Sijil cerai bagi ayah dan ibu (jika berkenaan) (salinan) - Surat dari mahkamah bagi anak angkat (jika berkenaan) (salinan)
- Kad Permit Masuk (Entry Permit) (jika berkenaan) (salinan)
- Laporan polis
- Surat kebenaran dari Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri
- Resit pembayaran (termasuk bayaran surcharge)
Bayaran:
Bayaran dikenakan berpandukan jenis dokumen perjalanan dan bayaran surcharge (tidak
termasuk bayaran membaharui pasport) seperti yang berikut:
1. Kali pertama : BND$150.00
2. Kali kedua : BND$300.00
3. Kali ketiga dan seterusnya: BND$450.00
Peringatan:
Mana-mana dokumen perjalanan yang hilang sama ada di Negara Brunei Darussalam atau luar negeri dan TELAH DILAPORKAN HILANG kepada mana-mana balai polis adalah TIDAK BOLEH DIGUNAKAN LAGI UNTUK MEMBUAT PERJALANAN.
Mana-mana dokumen perjalanan yang dilaporkan hilang dan ditemui semula adalah di nasihatkan untuk diserahkan sebaiknya kepada Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan. Peringatan ini haruslah dipatuhi bagi mengelakkan sebarang masalah yang mungkin berbangkit semasa perjalanan Tuan/Puan ke luar negeri.
Reminders:
Any missing or lost travel documents either in Brunei Darussalam or overseas which are being REPORTED at police stations but later FOUND AGAIN SHALL NOT TO BE USED FOR ANY TRAVEL. It is being advised for the travel documents to be handed over to the Department of Immigration and National Registration.
This reminder must be adhered to prevent any complication on future travels.
KEROSAKKAN DOKUMEN PERJALANAN
Permohonan di Negara Brunei Darussalam
Adalah di nasihatkan untuk membaharui pasport yang rosak bagi mengelakkan masalah di masa yang akan datang. Bayaran adalah tertakluk kepada keputusan pegawai yang bertugas. Bagi maklumat lanjut, pemohon dinasihatkan untuk berurusan terus ke bahagian dokumen perjalanan.
Dokumen yang diperlukan:
- Borang permohonan
- Pasport (asal dan salinan)
- Kad pengenalan (asal dan salinan)
- Sijil kelahiran (asal dan salinan)
Permohonan diluar Negara Brunei Darussalam
Adalah di nasihatkan untuk membaharui pasport yang rosal bagi mengelakkan masalah di masa yang akan datang. Bayaran adalah tertakluk kepada keputusan pegawai yang bertugas.
Dokumen yang diperlukan:
- Borang permohonan
- Pasport (salinan)
- Kad pengenalan (salinan)
- Surat dari sekolah, universiti atau majikan
- 2 keping gambar berukuran pasport (latarbelakang warna putih)
- Surat kebenaran dari Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri
KEROSAKKAN DOKUMEN PERJALANAN KERANA KEBAKARAN
Permohonan di Negara Brunei Darussalam bagi yang berumur 12 tahun keatas
Dokumen yang diperlukan:
- Borang permohonan
- Kad pengenalan (asal dan salinan)
- Sijil Kelahiran (asal dan salinan)
- Laporan polis
- Laporan kebakaran
- Surat pengesahan dari Ketua Kampung
Permohonan di Negara Brunei Darussalam bagi yang berumur 12 tahun kebawah
Dokumen yang diperlukan:
- Borang permohonan
- Kad pengenalan bapa dan ibu (asal dan salinan)
- Kad waran polis/Kad ABDB bapa (asal dan salinan)
- Sijil nikah bapa dan ibu (asal dan salinan)
- Sijil cerai bapa dan ibu (jika berkenaan) (asal dan salinan)
- Surat dari mahkamah bagi anak angkat (jika berkenaan) (asal dan salinan)
- Kad permit masuk (jika berkenaan) (asal dan salinan)
- Sijil Kelahiran (asal dan salinan)
- Laporan polis
- Laporan kebakaran
- Surat pengesahan dari Ketua Kampung






