JENIS-JENIS PERMOHONAN TARAF PENDAFTARAN KEBANGSAAN BRUNEI
Ujian Tulis atau Ujian Lisan Bahasa Melayu di bawah Bab 5(1) Bagi Pemohon Yang lahir dalam negeri.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN UTAMA:-
1. Lahir dalam negeri (Negari Brunei Darussalam).
2. Memegang Residence Permit / Entry Permit tidak kurang 12 tahun dari tarikh RP / EP dikeluarkan (Berkediaman dalam Negara Brunei Brunei Darussalam tidak kurang 12 tahun dari tempoh 15 tahun sebelum tarikh menghadapkan permohonan).
3. Berumur 18 tahun dan ke atas bagi menduduki Ujian Tulis Bahasa Melayu.
4. Berkelakuan baik.
5. Tinggal berterusan di Negara ini selama 2 tahun sebelum menghadapkan permohonan.
6. Bagi menduduki Ujian Lisan, pemohon HENDAKLAH dilahirkan sebelum tahun 1955 sementara bagi pemohon yang lahir selepas tahun 1955 hendaklah membuktikan bahawa mereka tidak pernah bersekolah.
7. Pemohon-pemohon yang bukan berbangsa Melayu dan bukan berugama Islam hendaklah memahami pantang larang orang Melayu / Islam di Negara Brunei Darussalam supaya keharmonian bermasyarakat terjamin.
PERHATIAN:
-
Pemohon adalah dikehendaki untuk memuat turun Borang Maklumat Awal dan Borang BI (Peraturan 5(1)) hendaklah diisi dan dicetak atas kertas A4 putih depan dan belakang(duplex printing).
-
Pemohon juga di kehendaki untuk menulis surat permohonan yang ditujukan kepada Bahagian Taraf Kebangsaan dan mengisi dengan lengkap Borang yang disediakan serta melampirkan dokumen-dokumen yang diperlukan sebelum menghadapkan ke Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan. Borang yang tidak lengkap tidak akan di LAYAN.
-
Borang permohonan hendaklah dihantar ke Bahagian Taraf Kebangsaan (Warganegara) di Ibu Pejabat, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Jalan Menteri Besar, Berakas ATAU melalui Cawangan-Cawangan Pejabat Pendaftaran Kebangsaan Daerah Kuala Belait, Tutong dan Temburong iaitu mengikut alamat yang tercatat di dalam Kad Pengenalan pemohon.
Ujian Tulis atau Ujian Lisan Bahasa Melayu di bawah Bab 8(1) Bagi Pemohon Yang lahir diluar negeri.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN UTAMA:-
1. Lahir luar negeri.
2. Memegang Residence Permit / Entry Permit tidak kurang 20 tahun dari tarikh RP / EP dikeluarkan (Berkediaman dalam Negara Brunei Brunei Darussalam tidak kurang 20 tahun dari tempoh 25 tahun sebelum tarikh menghadapkan permohonan).
3. Berumur 18 tahun dan ke atas bagi menduduki Ujian Tulis Bahasa Melayu.
4. Berkelakuan baik.
5. Tinggal berterusan di Negara ini selama 2 tahun sebelum menghadapkan permohonan.
6. Bagi menduduki Ujian Lisan, pemohon HENDAKLAH dilahirkan sebelum tahun 1955 sementara bagi pemohon yang lahir selepas tahun 1955 hendaklah membuktikan bahawa mereka tidak pernah bersekolah.
7. Pemohon-pemohon yang bukan berbangsa Melayu dan bukan berugama Islam hendaklah memahami pantang larang orang Melayu / Islam di Negara Brunei Darussalam supaya keharmonian bermasyarakat terjamin.
PERHATIAN:
-
Pemohon adalah dikehendaki untuk memuat turun Borang Maklumat Awal dan Borang EI (Peraturan 8 (1)). Borang hendaklah diisi dan dicetak atas kertas A4 putih depan dan belakang (duplex printing).
-
Pemohon juga di kehendaki untuk menulis surat permohonan yang ditujukan kepada Bahagian Taraf Kebangsaan dan mengisi dengan lengkap Borang yang disediakan serta melampirkan dokumen-dokumen yang diperlukan sebelum menghadapkan ke Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan. Borang yang tidak lengkap tidak akan di LAYAN.
-
Borang permohonan hendaklah dihantar ke Bahagian Taraf Kebangsaan (Warganegara) di Ibu Pejabat, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Jalan Menteri Besar, Berakas ATAU melalui Cawangan-Cawangan Pejabat Pendaftaran Kebangsaan Daerah Kuala Belait, Tutong dan Temburong iaitu mengikut alamat yang tercatat di dalam Kad Pengenalan pemohon.
Permohonan Kerakyatan Brunei MENGIKUT IBU WARGANEGARA di bawah Bab 6(1)
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN UTAMA:-
- Ibu kandong Warganegara Brunei Darussalam.
- Ibu kandong yang mendapat Taraf Kerakyatan Brunei sebelum dan pada 22 Oktober 2002, BOLEH memohonkan anak kandong yang berumur 18 tahun ke bawah dan ke atas.
- Ibu kandong yang mendapat Taraf Kerakyatan Brunei selepas 22 Oktober 2002, HANYA BOLEH memohonkan anak kandong yang berumur 18 tahun ke bawah sahaja.
- Semasa dipohonkan, ibu kandong masih hidup
- Anak kandong lahir pada atau selepas 16 Ogos 1975.
- Anak kandong belum berkahwin .
- Anak Kandong yang dipohonkan hendaklah dilahirkan di dalam negeri, tetapi jika dilahirkan di luar negeri, hendaklah secara terus-menerus tinggal di Negara Brunei Darussalam bersama Ibu kandong sekurang-kurangnya setahun sebelum tarikh permohonan
- Jika anak kandong berwarganegara asing hendaklah mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan mempunyai jaminan Pas Imigresen yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Negara Brunei Darussalam.
- Anak tak sah taraf (anak luar pernikahan) kepada Ibu Kandong Warganegara Brunei yang di lahirkan di Brunei boleh juga dipertimbangkan untuk dipohonkan Taraf Kerakyatan oleh ibu kandong. Walaubagaimanapun bagi anak lahir tak sah taraf (anak luar pernikahan) yang kedua hanya akan diproses sekurang-kurangnya 1 tahun 6 bulan dari tempoh tarikh anak luar nikah yang pertama diperkenankan untuk mendapatkan taraf kerakyatan. Dan bagi anak lahir tak sah taraf (anak luar pernikahan) yang ketiga dan seterusnya hanya akan diproses permohonan tersebut sekurang-kurangnya 3 tahun dari tempoh tarikh anak luar nikah yang kedua diperkenankan untuk mendapatkan kerakyatan.
- Berkelakuan Baik.
PERHATIAN:
-
Pemohon adalah dikehendaki untuk memuat turun Borang Maklumat Awal dan Borang D Peraturan 7(1). Borang hendaklah diisi dan dicetak atas kertas A4 putih depan dan belakang (duplex printing).
-
Bagi permohonan Kerakyatan Brunei untuk anak tak sah taraf (anak luar pernikahan), Ibu Kandong hendaklah dimestikan menyertakan Surat Pengakuan Mahkamah dari Mahkamah Civil Negara Brunei Darussalam. Untuk penjelasan lanjut mengenai isi kandungan Surat Pengakuan Mahkamah, pemohon bolehlah menghubungi Bahagian Taraf Kebangsaan ( Warganegara) ditalian 2383106 samb. 130/133 pada waktu bekerja atau melalui e-mel citizenship.sectionhq@immigration.gov.bn.
-
Pemohon juga di kehendaki untuk menulis surat permohonan yang ditujukan kepada Bahagian Taraf Kebangsaan dan mengisi dengan lengkap Borang yang disediakan serta melampirkan dokumen-dokumen yang diperlukan sebelum menghadapkan ke Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan. Borang yang tidak lengkap tidak akan di LAYAN.
-
Borang permohonan hendaklah dihantar ke Bahagian Taraf Kebangsaan (Warganegara) di Ibu Pejabat, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Jalan Menteri Besar, Berakas ATAU melalui Cawangan-Cawangan Pejabat Pendaftaran Kebangsaan Daerah Kuala Belait, Tutong dan Temburong iaitu mengikut alamat yang tercatat di dalam Kad Pengenalan pemohon.
Permohonan Kerakyatan Brunei MENGIKUT AYAH WARGANEGARA di bawah Bab 6(1)
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN UTAMA:-
1. Ayah kandong Warganegara Brunei Darussalam.
2. Semasa dipohonkan, ayah kandong masih hidup.
3. Anak kandong berumur 18 tahun ke bawah.
4. Anak kandong belum berkahwin .
5. Jika anak kandong berwarganegara asing hendaklah mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan mempunyai jaminan Pas Imigresen yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Negara Brunei Darussalam.
6. Berkelakuan baik.
PERHATIAN:
-
Pemohon adalah dikehendaki untuk memuat turun Borang Maklumat Awal dan Borang D Peraturan 7(1). Borang hendaklah diisi dan dicetak atas kertas A4 putih depan dan belakang (duplex printing).
-
Pemohon juga di kehendaki untuk menulis surat permohonan yang ditujukan kepada Bahagian Taraf Kebangsaan dan mengisi dengan lengkap Borang yang disediakan serta melampirkan dokumen-dokumen yang diperlukan sebelum menghadapkan ke Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan. Borang yang tidak lengkap tidak akan di LAYAN.
-
Borang permohonan hendaklah dihantar ke Bahagian Taraf Kebangsaan (Warganegara) di Ibu Pejabat, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Jalan Menteri Besar, Berakas ATAU melalui Cawangan-Cawangan Pejabat Pendaftaran Kebangsaan Daerah Kuala Belait, Tutong dan Temburong iaitu mengikut alamat yang tercatat di dalam Kad Pengenalan pemohon.
Permohonan Kerakyatan Brunei IBUBAPA ANGKAT WARGANEGARA di bawah Bab 6(1)
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN UTAMA:-
- Ibu/Ayah Angkat Warganegara Brunei Darussalam.
- Semasa dipohonkan, Ibu/Ayah Angkat masih hidup.
- Anak Angkat berumur 18 tahun ke bawah.
- Anak angkat belum berkahwin .
- Anak Angkat mempunyai Sijil Pendaftaran Anak Angkat keluaran Negara Brunei Darusslam.
- Anak Angkat hendaklah berstatus Penduduk Tetap Brunei selama 2 tahun dan memegang Kad Permit Masuk.
- Jika Anak Angkat berwarganegara asing hendaklah mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan mempunyai jaminan Pas Imigresen yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Negara Brunei Darussalam.
- Anak Angkat mempunyai perlindungan Insuran peribadi yang sah.
- Permohonan ini dihadkan kepada 2 orang anak angkat SAHAJA. Jika pemohon mempunyai 2 orang Anak Angkat dan sudah diperkenan menjadi rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan telah dikeluarkan Sijil Kerakyatan Brunei maka permohonan kerakyatan bagi anak angkat yang seterusnya tidak dapat dipertimbangkan.
- Berkelakuan Baik
PERHATIAN:
-
Pemohon adalah dikehendaki untuk memuat turun Borang Maklumat Awal dan Borang D Peraturan 7(1). Borang hendaklah diisi dan dicetak atas kertas A4 putih depan dan belakang (duplex printing).
-
Pemohon juga di kehendaki untuk menulis surat permohonan yang ditujukan kepada Bahagian Taraf Kebangsaan dan mengisi dengan lengkap Borang yang disediakan serta melampirkan dokumen-dokumen yang diperlukan sebelum menghadapkan ke Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan. Borang yang tidak lengkap tidak akan di LAYAN.
-
Borang permohonan hendaklah dihantar ke Bahagian Taraf Kebangsaan (Warganegara) di Ibu Pejabat, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Jalan Menteri Besar, Berakas ATAU melalui Cawangan-Cawangan Pejabat Pendaftaran Kebangsaan Daerah Kuala Belait, Tutong dan Temburong iaitu mengikut alamat yang tercatat di dalam Kad Pengenalan pemohon.
Permohonan Kerakyatan Brunei MENGIKUT SUAMI WARGANEGARA BRUNEI di bawah Bab 5(6)
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN UTAMA:-
1. Telah bernikah / berkahwin dengan seorang lelaki warganegara Brunei Darussalam dan tinggal bersama dengan suami isteri di Negara Brunei Darussalam dan berstatus Penduduk Tetap dengan memegang Kad Resident Permit / Entry Permit dalam tempoh – tempoh tertentu :-
1.1. Bagi pernikahan / perkahwinan PERTAMA (sama ada bagi suami ataupun isteri) sekurang-kurangnya 5 tahun dari tarikh pernikahan / perkahwinan dan tidak kurang dari 3 tahun dari tarikh Residence Permit / Entry Permit dikeluarkan.
1.2. Bagi pernikahan / perkahwinan KEDUA (sama ada bagi suami ataupun isteri) sekurang-kurangnya 7 tahun dari tarikh pernikahan / perkahwinan dan tidak kurang dari 7 tahun dari tarikh Residence Permit / Entry Permit dikeluarkan.
1.3. Bagi pernikahan / perkahwinan KETIGA dan seterusnya (sama ada bagi suami ataupun isteri) sekurang-kurangnya 10 tahun dari tarikh pernikahan / perkahwinan dan tidak kurang dari 7 tahun dari tarikh Residence Permit / Entry Permit dikeluarkan.
2. Bagi pasangan berugama Islam yang bernikah di luar negeri hendaklah menyertakan surat pengesahan pernikahan oleh Mahkamah Syariah Negara Brunei Darussalam.
3. Bagi pasangan bukan berugama Islam yang berkahwin di luar negeri hendaklah menyertakan surat Pengesahan dari Pejabat Peguam Negara, Negara Brunei Darussalam.
4. Surat Pengakuan dari suami bagi kedudukan perkahwinan / pernikahan dengan pemohon.
5. Surat Pengesahan dari Ketua Kampong mengenai kedudukan perkahwinan / pernikahan pemohon dan suami pemohon.
6. Berkelakuan Baik
PERHATIAN:
-
Pemohon adalah dikehendaki untuk memuat turun Borang Maklumat dan Borang C (Peraturan 6 (1)). Borang hendaklah diisi dan dicetak atas kertas A4 putih depan dan belakang (duplex printing).
-
Pemohon juga di kehendaki untuk menulis surat permohonan yang ditujukan kepada Bahagian Taraf Kebangsaan dan mengisi dengan lengkap Borang yang disediakan serta melampirkan dokumen-dokumen yang diperlukan sebelum menghadapkan ke Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan. Borang yang tidak lengkap tidak akan di LAYAN.
-
Borang permohonan hendaklah dihantar ke Bahagian Taraf Kebangsaan (Warganegara) di Ibu Pejabat, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Jalan Menteri Besar, Berakas ATAU melalui Cawangan-Cawangan Pejabat Pendaftaran Kebangsaan Daerah Kuala Belait, Tutong dan Temburong iaitu mengikut alamat yang tercatat di dalam Kad Pengenalan pemohon.
PERMOHONAN CABUTAN SIJIL KERAKYATAN YANG TELAH ROSAK ATAU HILANG
SILA AMBIL PERHATIAN:
-
Pemohon adalah dikehendaki untuk memuat turun Borang Permohonan Cabutan Sijil Kerakyatan. Borang hendaklah diisi dan dicetak atas kertas A4 putih depan dan belakang (duplex printing).
-
Pemohon juga di kehendaki untuk mengisi dengan lengkap Borang yang disediakan serta melampirkan dokumen-dokumen yang diperlukan sebelum menghadapkan ke Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan. Borang yang tidak lengkap tidak akan di LAYAN.
-
Borang permohonan hendaklah dihantar ke Bahagian Taraf Kebangsaan (Warganegara) di Ibu Pejabat, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Jalan Menteri Besar, Berakas ATAU melalui Cawangan-Cawangan Pejabat Pendaftaran Kebangsaan Daerah Kuala Belait, Tutong dan Temburong iaitu mengikut alamat yang tercatat di dalam Kad Pengenalan pemohon.
-
Borang permohonan akan dinilai sama ada di benarkan atau sebaliknya.
-
Pembayaran wang tunai sebanyak B$5.00 untuk satu (1) keping bolehlah dibuat ketika pengambilan cabutan sijil kerakyatan yang sudah siap nanti.
-
Pihak Jabatan akan menghubungi pemohon jika permohonan siap diproses.
PERMOHONAN MEMASUKKAN NAMA ISLAM KE DALAM SIJIL KERAKYATAN
SILA AMBIL PERHATIAN:
-
Pemohon adalah dikehendaki untuk memuat turun Borang Permohonan Menambah Nama Islam ke dalam Sijil Kerakyatan. Borang hendaklah diisi dan dicetak atas kertas A4 putih depan dan belakang (duplex printing).
-
Pemohon juga di kehendaki untuk mengisi dengan lengkap Borang yang disediakan serta melampirkan dokumen-dokumen yang diperlukan sebelum menghadapkan ke Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan. Borang yang tidak lengkap tidak akan di LAYAN.
-
Borang permohonan hendaklah dihantar ke Bahagian Taraf Kebangsaan (Warganegara) di Ibu Pejabat, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Jalan Menteri Besar, Berakas ATAU melalui Cawangan-Cawangan Pejabat Pendaftaran Kebangsaan Daerah Kuala Belait, Tutong dan Temburong iaitu mengikut alamat yang tercatat di dalam Kad Pengenalan pemohon.
-
Borang permohonan akan dinilai sama ada di benarkan atau sebaliknya.
-
Pihak Jabatan akan menghubungi pemohon jika permohonan siap diproses.
PERMOHONAN PEMBETULAN ATAU PENAMBAHAN NAMA DI DALAM SIJIL KERAKYATAN
SILA AMBIL PERHATIAN:
-
Pemohon adalah dikehendaki untuk memuat turun Borang Permohonan Pembetulan atau Menambah Nama ke dalam Sijil Kerakyatan. Borang hendaklah diisi dan dicetak atas kertas A4 putih depan dan belakang (duplex printing).
-
Pemohon juga di kehendaki untuk mengisi dengan lengkap Borang yang disediakan serta melampirkan dokumen-dokumen yang diperlukan sebelum menghadapkan ke Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan. Borang yang tidak lengkap tidak akan di LAYAN.
-
Borang permohonan hendaklah dihantar ke Bahagian Taraf Kebangsaan (Warganegara) di Ibu Pejabat, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Jalan Menteri Besar, Berakas ATAU melalui Cawangan-Cawangan Pejabat Pendaftaran Kebangsaan Daerah Kuala Belait, Tutong dan Temburong iaitu mengikut alamat yang tercatat di dalam Kad Pengenalan pemohon.
-
Borang permohonan akan dinilai sama ada di benarkan atau sebaliknya.
-
Pihak Jabatan akan menghubungi pemohon jika permohonan siap diproses.
PENDAFTARAN TARAF KERAKYATAN BAGI ANAK YANG DI LAHIRKAN LUAR NEGARA
SILA AMBIL PERHATIAN:
-
Pemohon adalah dikehendaki untuk memuat turun Borang D Peraturan 7(1) dan Borang A1 Peraturan 4(1). Borang hendaklah diisi dan dicetak atas kertas A4 putih depan dan belakang (duplex printing).
-
Pemohon hendaklah menyertakan surat pengesahan mengenai keberadaan pemohon (Ayah Kandong) berada diluar negeri atas urusan Kerajaan atau Persendirian seperti Surat Lantikan, Surat dari Majikan atau sebagainya
-
Pemohon juga di kehendaki untuk menulis surat permohonan yang ditujukan kepada Bahagian Taraf Kebangsaan dan mengisi dengan lengkap Borang yang disediakan serta melampirkan dokumen-dokumen yang diperlukan sebelum menghadapkan ke Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan. Jika pemohon menghadapkan permohonan dari luar negeri hendaklah melalui pihak Kedutaan / Suruhanjaya Tinggi/Konsulat Agung. Borang yang tidak lengkap tidak akan di LAYAN.
-
Borang permohonan hendaklah dihantar ke Bahagian Taraf Kebangsaan (Warganegara) di Ibu Pejabat, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Jalan Menteri Besar, Berakas ATAU melalui Cawangan-Cawangan Pejabat Pendaftaran Kebangsaan Daerah Kuala Belait, Tutong dan Temburong iaitu mengikut alamat yang tercatat di dalam Kad Pengenalan pemohon.
-
Pihak Jabatan akan menghubungi pemohon jika permohonan siap diproses.
Lain-lain Perkhidmatan
PERMOHONAN ENDOSMEN PENGESAHAN TARAF KERAKYATAN DI SIJIL KELAHIRAN

PERMOHONAN ENDOSMEN PENGESAHAN TARAF KERAKYATAN DI SIJIL KELAHIRAN BAGI KANAK-KANAK YANG DILAHIRKAN KURANG 180 HARI SETELAH PASANGAN BERNIKAH
PERINGATAN
Kepada orang ramai yang ingin menghadapkan permohonan-permohonan yang disebutkan di atas adalah dinasihatkan terlebih dahulu menghubungi Bahagian Warganegara melalui talian telefon 2383106 sambungan 130/133 iaitu pada waktu berkerja ATAU melalui e-mel di citizenship.sectionhq@immigration.gov.bn
Hubungi kami:
Jika ada sebarang pertanyaan atau perubahan maklumat, pemohon bolehlah menghubungi talian telefon Bahagian Warganegara semasa waktu bertugas sepertimana berikut:
1. +673 2383106 sambungan 130/133 (Ibu Pejabat)
2. +673 3331339 (Cawangan Kuala Belait)
3. +673 4221476 (Cawangan Tutong)
4. +673 8234148 (Cawangan Temburong)
WAKTU BEROPERASI
Kaunter Penerimaan Bahagian ini dibuka 5 hari seminggu iaitu Hari Isnin hingga Khamis dan Sabtu dari jam 8 pagi hingga 11.45 pagi dan 1.30 petang hingga 3.45 petang. Segala permohonan dan pertanyaan status permohonan boleh dihadapkan terus di kaunter di Bahagian ini.