gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

PAS JANGKA PANJANG

KATEGORI-KATEGORI LONG TERM PASS ATAU PAS JANGKA PANJANG

PAS LAWATAN SOSIAL JANGKA PANJANG

Pas ini dikhususkan kepada kalangan warga asing yang mempunyai ikatan kekeluargaan dengan warganegara atau Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam, tetapi masih belum memenuhi kriteria dan syarat-syarat kelayakan untuk memohon sebagai Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam.

PAS LAWATAN BERNIAGA JANGKA PANJANG

Pas ini dikhususkan bagi pemilik syarikat dan pelabur asing yang memenuhi kriteria dan syarat kelayakan termasuk menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi negara.

PAS LAWATAN PROFESIONAL JANGKA PANJANG

Pas ini dikhususkan kepada golongan pakar dan profesional warganegara asing yang mana kepakaran mereka adalah bermanfaat dan diperlukan bagi kemajuan dan pembangunan Negara Brunei Darussalam.

SEBARANG PERTANYAAN DAN BAGI MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut serta untuk mendapatkan borang permohonan, orang ramai boleh berkunjung ke Bahagian-Bahagian berikut atau emel kepada info@immigration.gov.bn

Pas lawatan Sosial Jangka Panjang – Bahagian Visa, Lawatan dan Diplomatik, Tingkat 2, Ibu Pejabat Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan atau ke Pejabat-Pejabat Cawangan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan.

Pas Lawatan Berniaga dan Profesional Jangka Panjang – Urusetia Long Term Pass, Tingkat 3, Ibu Pejabat Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan.