gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL TARAF KERAKYATAN KALI KE-43

Disember 22, 2025

Majlis Penyampaian sijil taraf kerakyatan kali ke-43 telah diadakan pada hari Rabu, 12 haribulan Jamadilakhir 1447 bersamaan dengan 03 haribulan Disember 2025 bertempat di Dewan Persidangan BRIDEX, Jerudong.

Penyampaian sijil-sijil Taraf Kerakyatan telah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat Majlis, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Turut hadir ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri serta Pegawai-Pegawai dan kakitangan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan.

Pada kali ini, seramai 1361 orang menerima Sijil Taraf Kerakyatan Setelah mendapat limpah kurnia perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzadin Waddaulah ibni Al-marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Penerima-penerima adalah terdiri dari mereka yang memohon taraf kerakyatan Negara Brunei Darussalam di bawah Akta Taraf Kebangsaan Brunei, Penggal 15 iaitu di bawah Bab 5(1) dan 8(1) dan telah lulus dalam Ujian Bahasa Melayu secara bertulis dan secara lisan, di bawah Bab 6(1) iaitu terdiri daripada anak-anak kepada ibu warganegara Brunei, anak-anak kepada ayah warganegara Brunei dan anak-anak angkat kepada ibubapa angkat warganegara Brunei dan juga di bawah Bab 5(6) terdiri daripada isteri-isteri kepada suami warganegara Brunei Darussalam.

You May Also Like…