gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

Perkhidmatan Warganegara

Bahagian Pendaftaran Taraf Kebangsaan (Warganegara) bertanggungjawab dalam memproses permohonan untuk mendapatkan taraf sebagai rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Bahagian ini juga memberikan pengesahan taraf kerakyatan mengikut Bab-Bab yang telah diperuntukan d​i bawah Akta Pendaftaran Kebangsaan Brunei, Penggal 15. Mentadbir, Menguatkuasa Dan Melaksanakan Undang-Undang Dan Peraturan-Peraturan Di Bawah Akta Taraf Kebangsaan Brunei, Penggal 15. Menerima Dan Memproses Permohonan Taraf Kerakyatan Untuk Menjadi Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB RAKYAT KEPADA KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Tanggungjawab kepada Masyarakat

a. Berkerjasama dengan pemimpin setempat, misalnya Penghulu dan Ketua Kampong

b. Melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan kebajikan masyarakat, badan- badan kerajaan, mahupun bukan kerajaan, misalnya Majlis Perundingan Kampong, Persatuan-persatuan Belia, Kelab Sukan dan lain-lain lagi.

c. Membantu kepada yang memerlukan bantuan

d. Berinteraksi dengan jiran dan masyarakat awam

e. Menserasikan / menyesuaikan diri dengan budaya, sosial dan amalan kehidupan setempat yang terdapat di Negara ini.

Tanggungjawab kepada Keluarga

a. Membina dan membimbing ahli keluarga supaya berilmu,bermoral/berakhlak baik, hormat kepada ahli keluarga, jiran dan sahabat.

b. Membina institusi keluarga dengan baik

c. Membiasakan diri dalam kehidupan harian kepada Adat Resam “Orang Brunei”

d. Mensebatikan diri, anak-anak kepada cara kehidupan “Orang Brunei” terutamanya dalam pergaulan dan mengamalkan Bahasa Melayu dalam percakapan / pertuturan

PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MENYEBABKAN PERLUCUTAN KERAKYATAN BRUNEI

BAB 9(1)

Telah meninggalkan Negara Brunei Darussalam selama 5 tahun secara terus-menerus dan tidak dapat memberi kenyataan yang memuaskan bahawa ia masih mempunyai perhubungan berkesan dengan negara ini dalam tempoh itu.

BAB 9(5)(a)

Ia dengan sukarela mengambil taraf kebangsaan atau Warganegara mana-mana Negara Diluar Negara Brunei Darussalam

BAB 10

Jika seseorang rakyat sultan yang lengkap syaratnya membuat satu pengakuan mengikut cara yang ditentukan menghapuskan tarafnya sebagai seorang rakyat sultan  dengan cara lafaz maka sultan hendaklah memerintahkan supaya pengakuan itu didaftarkan ; dan apabila telah didaftarkan , orang itu akan terlucut daripada menjadi seorang rakyat sultan.

BAB 11(1)

Seorang rakyat sultan akan terlucut dari pada mempunyai taraf sedemikian jika taraf itu ambil balik daripadanya oleh satu perintah dari Sultan dalam Majlis Mesyuarat yang dibuat di bawah bab ini.

BAB 11(2)

Tertakluk dalam kandungan-kandungan bab ini, Sultan dalam Majlis Mesyuarat boleh dengan perintah melucutkan sebarang orang yang menjadi rakyat Sultan,

  1. dengan pendaftaran; atau
  2. dengan penuangan taraf kebangsaan

    akan taraf itu jika Baginda berpuas hati bahawa pendaftaran orang tersebut atau  sijil penunangan taraf kebangsaan yang diberi kepadanya di bawah undang-undang ini  telah diperolehi cara tipu, penerangan palsu atau menyembunyikan apa-apa kenyataan  yang mustahak atau dibuat atau diberi dengan terkhilaf;

    Dengan syarat bahawa tiada siapa pun akan dilucutkan di bawah kandungan bab ini akan taraf sebagai rakyat sultan disebabkan oleh kekhilafan melainkan notis tentang tujuan untuk berbuat demikian telah diberi kepadanya atau disiarkan dalam Warta Kerajaan dalam tempoh dua puloh empat bulan  dari tarikh pendaftaran atau pemberian satu sijil, mengikut sebagaimana keadaannya.

    BAB 11(3)

    (a) Ia dengan percakapan dan perbuatannya tidak akan taat setia pada Sultan

    (b) Ia telah menggunakan hak-hak, kuasa-kuasa atau kelebihan-kelebihan yang ada oleh sebarang taraf kebangsaan / kewarganegaraan yang lain selain Negara Brunei Darussalam

    (c) Ia telah secara haram membuat perhubungan / perdagangan dengan pihak musuh semasa peperangan yang diketahui bahawa perhubungannya itu boleh membantu pihak musuh

    (d) Ia telah dalam tempoh 5 tahun selepas didaftarkan menjadi rakyat sultan secara Pendaftaran / Penuangan telah dijatuhi hukuman bunuh / penjara dimana-dimana negara lain melebih 12 bulan dan tidak menerima sebarang pengampunan

    WAKTU BEROPERASI​

    Kaunter Penerimaan Bahagian ini dibuka 5 hari seminggu iaitu Hari Isnin hingga Khamis dan Sabtu dari jam 8 pagi hingga 11.45 pagi dan 1.30 petang hingga 3.45 petang. Segala permohonan dan pertanyaan status permohonan boleh dihadapkan terus di kaunter di Bahagian ini.