Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksBahagian Pekerja Asing

Bahagian Pas Kerja Asing bertanggungjawab untuk menerima dan memproses:

  • Permohonan visa/pas kerja
  • Visa kemasukkan semula (re-entry) untuk pemegang pas kerja
  • Permohonan visa/pas tangungan
  • Visa kemasukkan semula (re-entry) visa untuk pemegang pas tangungan
  • Pemohonan pembatalan visa/pas kerja/tangungan
  • Permohonan penyambungan pas kerja/tangungan

Permohonan yang berkaitan dengan visa dan pas kerja asing boleh dihadapkan di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan atau di cawangan pejabat di daerah lainnya.

Orang ramai disarankan untuk memuat turun Aplikasi QueUP dari AppStore atau GooglePlay dan membuat tempahan nombor giliran bagi permohonan penyambungan pas kerja/ pas tangungan/ pas penuntut dan permohonan untuk pembatalan pas kerja/ pas tangungan/ pas penuntut. Ini mengurangkan masa menunggu bagi orang ramai dan menjamin nombor giliran bagi permohon.

Sila rujuk Tekad Pemedulian Orang ramai (TPOR) bagi tempoh perlaksanaan perkhidmatan

IMG_8648.JPG

Dokumen diperlukan semasa membuat Permohonan baru visa dan pas kerja adalah seperti berikut:

DOKUMEN-DOKUMEN DIPERLUKAN WARGANEGARA SINGAPURA DAN MALAYSIAWARGANEGARA ASING YANG LAIN
Surat permohonan dari majikan/penjamin
BorangVisaX
Salinan Pasport Pekerja yang masih sah (6 bulan sebelum mansuh)
Borang 23
2 keping gambar terkini
Salinan kad pengenalanX
Lesen Pekerja Asing (LPA) / Borang BUR 500 Jabatan Buruh 
(Asal dan Salinan)
Lesen pengambilan  Pekerja Asing dari Jabatan Buruh (Asal dan Salinan)
Pesanan Kerja (Job Order) 
dari Jabatan Buruh
Kad Wakil Agensi Perkerjaan

​TATACARA MENGHADAPKAN PERMOHONAN

​LANGKAH 1:Wakil agensi pekerjaan terlebih dahulu menghadapkan permohonan visa dan pas kerja ke Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan
​LANGKAH 2:Surat kebenaran visa kerja akan dikeluarkan
​LANGKAH 3:Kebenaran visa kerja akan disalurkan kepada Perwakilan Negara Brunei Darussalam di luar negeri melalui faksmili
​LANGKAH 4:
Pemohon akan hadir ke perwakilan  Negara Brunei Darussalam di luar negeri beserta dengan dokumen perjalanan, laporan kesihatan dan dokumen yang berkaitan bagi mendapatkan endosmen visa kerja.

Dokumen diperlukan semasa membuat Endosemen visa dan pas kerja adalah seperti berikut:

ENDOSEMEN PAS KERJA BAGI SYARIKAT

 ENDOSEMEN PAS KERJA BARU

Dokumen yang diperlukan:- 

  • Surat Permohonan
  • Borang Daftar
  • Borang 23
  • Salinan Approval Visa
  • Salinan Lesen Pekerja Asing (LPA)
  • Salinan Medical Check Blood Test & X-Ray (Asal & Salinan)
  • Pasport Pekerja Yang Masih Sah Iaitu 6 Bulan Sebelum Mansuh (Asal & Salinan)
ENDOSEMEN PENYAMBUNGAN PAS KERJA

ENDOSEMEN PAS KERJA PENUKARAN MAJIKAN
 
Dokumen yang diperlukan:- 

  • Surat Permohonan
  • Borang Pertukaran Kontek (Dari Jabatan Buruh)
  • Borang Daftar
  • Borang 23
  • Salinan Lesen Pekerja Asing (LPA)
  • Salinan Medical Check Blood Test & X-Ray (Asal & Salinan)
  • Pasport Yang Masih Sah Iaitu 6 Bulan Sebelum Mansuh (Asal & Salinan)
  • Pasport Lama (Asal & Salinan)
PEMBATALAN PAS KERJA
 
Dokumen yang diperlukan:- 

  • Surat Permohonan
  • Borang Pembatalan 2 keping
  • Borang Pengesahan Pembatalan 2 Keping
  • Pengesahan Pembatalan Approval Visa
  • Salinan Lesen Pekerja Asing (LPA)
  • Pasport Yang Masih Sah Iaitu 6 Bulan Sebelum Mansuh (Asal & Salinan)
  • Pasport Lama (Asal & Salinan)
  • Salinan Tiket
  • Kad Pengenalan
PENDING TAMAT KONTREK
 
Dokumen yang diperlukan:- 

  • Surat Permohonan
  • Borang Daftar
  • Salinan Lesen Pekerja Asing (LPA)
  • Pasport Yang Masih Sah Iaitu 6 Bulan Sebelum Mansuh (Asal & Salinan)
  • Pasport Lama (Asal & Salinan)

ENDOSEMEN PAS KERJA BAGI PERKHIDMATAN RUMAH TANGGA

ENDOSEMEN PAS KERJA BARU

Dokumen yang diperlukan:- 

  • Borang Penyambungan Pas Kerja (Perkhidmatan Rumah Tangga)
  • Salinan Approval Visa
  • Borang Permohonan Lesen Mengambil Dan Menggaji Pekerja Asing
  • Salinan Medical Check Blood Test & X-Ray (Asal & Salinan)
  • Pasport Pekerja Yang Masih Sah Iaitu 6 Bulan Sebelum Mansuh (Asal & Salinan)
ENDOSEMEN PENYAMBUNGAN PAS KERJA

Dokumen yang diperlukan:- 

  • Borang Penyambungan Pas Kerja (Perkhidmatan Rumah Tangga)
  • Borang Permohonan Lesen Mengambil Dan Menggaji Pekerja Asing
  • Salinan Medical Check Blood Test & X-Ray (Asal & Salinan)
  • Pasport Pekerja Yang Masih Sah Iaitu 6 Bulan Sebelum Mansuh (Asal & Salinan)

ENDOSEMEN PAS KERJA PENUKARAN MAJIKAN
 
Dokumen yang diperlukan:- 

  • Surat Permohonan (2 Majikan)
  • Borang Daftar
  • Borang Pertukaran Kontek (Dari Jabatan Buruh)
  • Borang Penyambungan Pas Kerja (Perkhidmatan Rumah Tangga)
  • Borang Permohonan Lesen Mengambil Dan Menggaji Pekerja Asing
  • Salinan Medical Check Blood Test & X-Ray (Asal & Salinan)
  • Pasport Yang Masih Sah Iaitu 6 Bulan Sebelum Mansuh (Asal & Salinan)
  • Pasport Lama (Asal & Salinan) [Jika Perlu]
PEMBATALAN PAS KERJA
 
Dokumen yang diperlukan:- 

  • Surat Permohonan
  • Borang Pembatalan 2 keping
  • Borang Pengesahan Pembatalan 2 Keping
  • Borang Penyambungan Pas Kerja (Perkhidmatan Rumah Tangga)
  • Pasport Yang Masih Sah Iaitu 6 Bulan Sebelum Mansuh (Asal & Salinan)
  • Pasport Lama (Asal & Salinan) [Jika Perlu]
  • Salinan Tiket
  • Kad Pengenalan
PENDING TAMAT KONTREK
 
Dokumen yang diperlukan:- 

  • Borang Penyambungan Pas Kerja (Perkhidmatan Rumah Tangga)
  • Borang Permohonan Lesen Mengambil Dan Menggaji Pekerja Asing
  • Pasport Yang Masih Sah Iaitu 6 Bulan Sebelum Mansuh (Asal & Salinan)
  • Pasport Lama (Asal & Salinan) [Jika Perlu]

 ​ ​

​***PERINGATAN:

Warganegara asing yang bekerja di Negara Brunei Darussalam hendaklah memiliki VISA DAN PAS KERJA yang sah.