Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksDokumen Perjalanan

​​passport section.jpg

Bahagian Dokumen Perjalanan bertanggungjawab mengeluarkan dokumen perjalanan kepada warganegara dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam. Dokumen perjalanan boleh dipohonkan di Ibu Pejabat, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan atau di cawangan-cawangan Jabatan di daerah-daerah yang lainnya.

Orang ramai adalah disarankan untuk memuat turun Aplikasi QueUP dari AppStore atau GooglePlay dan membuat tempahan nombor giliran lebih awal. Ini akan dapat menjimatkan masa menunggu bagi orang ramai dan menjamin nombor giliran bagi permohonan yang dihadapkan.

Permohonan bagi dokumen perjalanan secara walk-in masih dijalankan seperti biasa. Terdapat juga kaunter khas untuk warga emas dan kanak-kanak dibawah umur 5 tahun.

Sila rujuk Tekad Pemedulian Orang ramai (TPOR) bagi tempoh perlaksanaan perkhidmatan.​

Sila muat turun Borang Pendaftaran bagi Permohonan Dokumen Perjalanan di sini.

 

 
​JENIS DOKUMEN PERJALANAN​KATEGORI PERMOHONAN

RASMI.jpg

Pasport Rasmi dikeluarkan kepada warganegara Brunei Darussalam yang mendapat kebenaran daripada Jabatan Perdana Menteri.

Kegunaan: Bagi tujuan bertugas / lawatan rasmi ke luar negeri

Spesifikasi: Biometrik

Bayaran: Percuma

Tempoh mansuh: 5 tahun

DIPLOMATIK.jpg 

Pasport Diplomatik dikeluarkan kepada waraganegara Brunei Darussalam yang mendapat kebenaran daripada Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri.

Kegunaan: Bagi tujuan bertugas / lawatan rasmi ke luar negeri

Spesifikasi: Biometrik

Bayaran: Percuma

Tempoh mansuh: 5 tahun

 

BIASA.jpg

Pasport Biometrik Brunei dikeluarkan kepada warganegera Brunei Darussalam.

Kegunaan: Bagi tujuan lawatan ke luar negeri

Spesifikasi: Biometrik

Bayaran: BND$60.00

Tempoh mansuh: 5 tahun

 

 GCI.jpg

Sijil Pengenalan Biasa (GCI) dikeluarkan kepada warganegara Brunei Darussalam. 

Kegunaan: Bagi tujuan lawatan ke luar negeri terhad ke Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja

Spesifikasi: Machine Readable

Bayaran: BND$35.00

Bayaran bagi memasukkan / menambah keterangan anak di dalam Sijil Pengenalan Biasa ayah / ibu (maksimum 4 orang anak berumur 11 tahun dan kebawah) : Percuma

Tempoh mansuh: 10 tahun

CI.jpg 
 

Sijil Pengenalan Brunei (CI) dikeluarkan kepada Penduduk Tetap Brunei Darussalam.

Kegunaan: Bagi tujuan lawatan ke luar negeri

Specifikasi: Machine Readable

Bayaran: BND$50.00

Tempoh mansuh: 5 tahun.

Nota: Pemegang dokumen perjalanan ini dinasihatkan untuk memeriksa keperluan visa bagi negara yang ingin dituju sebelum melakukan perjalanan ke luar negeri.

DARURAT.jpg 

Sijil Darurat dikeluarkan kepada Warganegara Brunei Darussalam yang kehilangan atau kerosakkan dokumen perjalanan semasa berada di luar negeri dan bagi anak damit yang lahir di luar negara yang mana ayahnya adalah sah taraf sebagai warganegara Brunei Darussalam. Dikeluarkan oleh Perwakilan Negara Brunei Darussalam di luar negeri.

Kegunaan: Bagi tujuan masuk kembali ke Negara Brunei Darussalam

Bayaran: BND$20.00

Tempoh mansuh:  Sijil ini sah digunakan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh ianya dikeluarkan dan bagi sekali perjalanan ke Negara Brunei Darussalam sahaja.

 

KEHILANGAN DOKUMEN PERJALANAN
Peringatan on ppt hilang.jpg
KEROSAKKAN DOKUMEN PERJALANAN
KEROSAKKAN DOKUMEN PERJALANAN KERANA KEBAKARAN