Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPenyelidikan, Perkembangan dan Komputer

​​
​​Pengenalan​

Bahagian Penyelidikan, Perkembangan dan Komputer berperanan di dalam merancang perkembangan jangka pendek dan panjang seperti pembinaaan bangunan Pos-Pos Kawalan, perumahan, pengubahsuaian bangunan dan lain-lain. Selain itu bahagian ini juga merancang, menyelidik dan melaksanakan sistem maklumat jangka pendek dan panjang. Memperkembangkan tenaga manusia serta merancang, meneliti dan memperbaiki sehingga mencapai ke arah kelancaran dan mutu perkhidmatan kepada orang ramai serta Undang-Undang dan Akta juga dititik beratkan dalam tugas mereka. Disamping itu bahagian ini juga menyediakan dan mengumpul maklumat bagi sebarang penyelidikan dan perkembangan Jabatan.

IMG_8723.JPG


Sebagai Bahagian utama bagi pengumpulan data maklumat berhubung dengan pengurusan operasi perkhidmatan Jabatan secara keseluruhan, Bahagian ini juga bertanggungjawab dalam mengendalikan semua kursus-kursus dalaman kepada pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan. Bergerak sebagai pemantau dan mengemaskini isu-isu pengurusan, Bahagian ini bertanggungjawab dalam menyelaras bersama semua Bahagian di bawah Jabatan ini berhubung dengan Pengurusan Jabatan.

IMG_9229 (1).JPG​​​IMG_7378.JPG

Bahagian ini juga mempunyai satu Unit Komputer yang bertanggungjawab dalam memastikan kelancaran semua sistem Jabatan, Pejabat-Pejabat Cawangan dan Pos-Pos Kawalan. Unit Komputer ini juga bertindak sebagai pasukan atau unit bergerak jika sekiranya terdapat kerosakan sistem di mana-mana Pejabat Cawangan dan Pos-Pos Kawalan. Dalam memastikan kelancaran mutu perkhidmatan kepada orang  ramai, Unit Komputer ini juga membuat penyelidikan dan merancang supaya Jabatan dapat memberikan perkhidmatan dengan baik.

IMG_8734.JPG IMG_8822.JPG