Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksSejarah Ringkas

​​logo imigresen brunei.png

Pada 1hb Januari 1921 adalah titik permulaan bagi pengawalan orang-orang yang keluar masuk/ke Negara Brunei Darussalam apabila Undang-Undang Pendaftaran orang-orang Asing (Registration of Aliens) telah mula dikuatkuasakan. Berdasarkan undang-undang tersebut, setiap orang asing (bukan Rakyat British, rakyat naugan British, rakyat Sultan atau rakyat Ireland) yang sudah berada di Negara ini sebelum dikuatkuasakan adalah dikehendaki melaporkan diri ke balai polis berdekatan dalam tempoh masa tertentu untuk dikeluarkan satu surat yang ianya hendaklah dikembalikan ke tempat pendaftaran sebaik sahaja orang asing tersebut hendak meninggalkan negara ini.

Pada 14 November 1923, Undang-undang Pasport (Passport Enactment) mula-mula dikuatkuasakan. Undang-undang ini antara lain menghendaki setiap orang yang keluar/masuk dari/ke negara ini mestilah mempunyai dan menunjukkan pasport atau dokumen perjalanan yang sah. Manakala pada 8 Februari 1934 undang-undang ini telah digantikan dengan undang-undang pasport yang baru dan dikenali sebagai 'Pasport Rules'.

Pada 6 September 1947, satu undang-undang yang dikenali sebagai Undang-Undang Imigresen mula dikuatkuasakan. Antara lain undang-undang ini menjelaskan mengenai orang-orang yang layak dan yang ditegah masuk ke negara ini serta tatacara pengendaliannya. Semua undang-undang yang dijelaskan di atas adalah dikuatkuasakan oleh pihak polis melalui balai-balai polis.

Dalam tahun 1955 pasukan polis telah melangkah setapak kehadapan dengan menubuhkan satu bahagian yang dikenali sebagai Bahagian Imigresen. Bahagian ini bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas yang bersangkutan dengan hal-ehwal Imigresen dan beroperasi di Bagunan Cawangan Khas di Jalan MacKerron, Kuala Belait sekali gus bertindak sebagai ibu pejabatnya. Dengan terbentuknya bahagian ini dijana oleh seorang Pegawai Imigresen, beberapa orang Penolong Pegawai Imigresen dan kakitangan yang terdiri dari orang-orang awam disamping beberapa orang Pegawai Polis.

Pada 1 Oktober 1956 Undang-Undang Pasport (Pasport Rules) telah digantikan dengan satu lagi Undang-Undang Pasport 1956 (Pasport Rules 1956). Memandangkan fungsi bahagian ini lebih diperlukan di bandar Brunei (sekarang dikenali nama Bandar Seri Begawan) maka ianya pun dipindahkan ke Tingkat 1 Bangunan Tukang Perak di Jalan Robert, Bandar Brunei.​