| Visa yang dikeluarkan oleh pihak Negara Brunei Darussalam adalah kebenaran  masuk sementara bagi warga asing ke negera ini tetapi ianya tidaklah  menjamin kemasukkannya secara mutlak dan masih berpandukan  kepada proses pemeriksaan imigresen semasa di pos - pos kawalan imigresen.  Warga Asing yang berhajat untuk masuk ke Negara Brunei Darussalam di nasihatkan supaya: Memeriksa keperluan visa dan dokumen perjalanan sebelum belayar. Visa hendaklah dipohonkan seperti yang telah ditetapkan.
Negara yang dikecualikan visa bagi tujuan lawatan rasmi dan sosial bolehlah melayari website Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri di http://www.mfa.gov.bn/Pages/Visa-Information.aspxMemohon Visa sebelum masuk ke Negara Brunei Darussalam jika pemohon berhajat untuk tinggal lebih lama iaitu melebihi tempoh tinggal yang dikecualikan. 
 | Semasa di kaunter pemeriksan imigresen di pos-pos kawalan, pas imigresen akan di bubuh/cop di dalam dokumen perjalanan. Pemegang haruslah mengambil maklum mengenai tempoh kebenaran tinggal di  Brunei Darussalam yang telah diberikan.  Penyambungan bagi Pas lawatan sosial, Pas lawatan professional atau Pas lawatan perniagaan di  Brunei Darussalam bolehlah dipohonkan terus ke bahagian Visa, Lawatan  dan Diplomatik, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan. 
 |