Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan memaklumkan bahawa kaunter-kaunter perkhidmatan pendaftaran dan pengambilan Kad Pengenalan Kuning, Ungu dan Hijau yang pada masa ini beroperasi di Dewan Rumah Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Tutong pada masa ini akan berpindah semula ke Bahagian Kad Pengenalan, Pejabat Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Cawangan Daerah Tutong bermula pada hari Isnin, 28 haribulan Zulhijah 1444 bersamaan dengan 17 haribulan Julai 2023.