Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

BENGKEL KURSUS ULANGKAJI PANDUAN TATACARA TUGAS-TUGAS DAN PROSEDUR DI BAHAGIAN PEMERIKSAAN POS-POS KAWALAN


IMG_8641.JPG

IMG_8690 (2).JPG
20230515_080930.jpg


​Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) melancarkan Majlis Pembukaan Bengkel Kursus Ulangkaji Panduan Tatacara Tugas-Tugas dan Prosedur Kerja di Pos-Pos Kawalan yang diadakan pada hari Isnin, 24 Syawal 1444H bersamaan dengan 15 Mei 2023 bertempat di Tingkat 5, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan.

Di antara objektif bagi kursus ulangkaji berkenaan adalah:-

  • Sebagai penambahbaikan dalam bidang tugas pegawai-pegawai Imigresen berbagai peringkat tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan tatacara pemeriksaan ke atas orang-orang keluar/masuk melalui Pos-Pos Kawalan Imigresen.
  • Melaksanakan tugas-tugas berdasarkan kepada kehendak Akta dan Peraturan Imigresen dengan mengikut arus perkembangan dan keperluan setiap Pos-Pos Kawalan Imigresen dan masa ke semasa.
  • Membantu untuk meningkatkan kemahiran diri dalam menjalankan tugas yang diamanahkan mengikut prosedur atau tatacara yang telah ditetapkan dengan penuh jujur, amanah, berdedikasi dan penuh bertanggungjawab khususnya menuju ke arah perkhidmatan dan prestasi Jabatan yang cemerlang.
  • Memberikan kemahiran dan tunjuk ajar kepada pegawai-pegawai Imigresen menggunakan 'Border Management System' dengan tepat dan betul.
  • Mengenal pasti akan permasalahan tentang penggunaan 'Border Management System'.


Attachments
Created at 16/05/2023 13:02 by Dk Noor Athirah Binti Pg Sabli
Last modified at 16/05/2023 13:05 by Dk Noor Athirah Binti Pg Sabli