Bahagian Kad Pengenalan bertanggungjawab dalam mengendalikan permohonan bagi kad pengenalan kepada warganegara Brunei Darussalam, Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam dan warganegara asing yang berkelayakan.
Permohonan Kad Pengenalan boleh dipohonkan di Ibu Pejabat, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan atau di Pejabat Cawangan di daerah yang lain.
Jenis-jenis Permohonan Kad Pengenalan mengikut kategori:

Kad Pengenalan Kuning
Kad Pengenalan Kuning dikeluarkan kepada:
- Warganegara Brunei Darussalam
- Telah mencapai umur 12 tahun ke atas.
Kad Pengenalan Ungu
Kad Pengenalan Ungu dikeluarkan kepada:
- Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam
- Pemegang Kad Permit Masuk / Resident Permit yang sah
- Telah mencapai umur 12 tahun ke atas.
Kad Pengenalan Hijau
Kad Pengenalan Ungu dikeluarkan kepada:
- Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam
- Pemegang Kad Permit Masuk / Resident Permit yang sah
- Telah mencapai umur 12 tahun ke atas.
Permohonan di luar Negara Brunei Darussalam bagi yang berumur 12 tahun ke bawah
Dokumen yang diperlukan:
- Borang permohonan
Sijil kelahiran (salinan) - Kad Pengenalan pintar ayah dan ibu (salinan)
- Kad waran polis / kad ABDB ayah (jika berkenaan)(salinan)
- Sijil nikah bagi ayah dan ibu pemohon (salinan)
Sijil cerai bagi ayah dan ibu (jika berkenaan) (salinan) - Surat dari mahkamah bagi anak angkat (jika berkenaan) (salinan)
- Kad Permit Masuk (Entry Permit) (jika berkenaan) (salinan)
- Laporan polis
- Surat kebenaran dari Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri
- Resit pembayaran (termasuk bayaran surcharge)
Bayaran:
Bayaran dikenakan berpandukan jenis dokumen perjalanan dan bayaran surcharge (tidak
termasuk bayaran membaharui pasport) seperti yang berikut:
1. Kali pertama : BND$150.00
2. Kali kedua : BND$300.00
3. Kali ketiga dan seterusnya: BND$450.00
Kad Pengenalan yang mansuh semasa berada di luar negeri
Warganegara Brunei Darussalam yang sedang belajar atau sedang menjalani rawatan di luar negeri adalah dinasihatkan untuk memaklumkan berhubung kad pengenalan yang mansuh di Pejabat Perwakilan ataupun Pejabat Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam yang terdekat. Pemegang Kad Pengenalan bolehlah membaharui Kad Pengenalan mereka setelah tiba di Negara Brunei Darussalam.
Denda Kompaun
Berdasarkan kepada Peraturan 24(3), Akta Pendaftran Kebangsaan (Pindaan) 2000, jika seseorang gagal untuk mendaftar kad pengenalan pada waktunya boleh dikenakan denda kompaun maksimum tidak lebih dari BND$200.00