gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

VISA LAWATAN DAN DIPLOMATIK

PERMOHONAN PAS LAWATAN

Visa ini dikeluarkan kepada warganegara asing yang masuk ke Negara Brunei Darussalam atas urusan melawat sosial.

 

PERMOHONAN VISA DAN PAS PROFESIONAL

Visa dan pas profesional ini dikeluarkan kepada warga asing yang bertujuan untuk masuk ke Negara Brunei Darussalam bagi lawatan rasmi profesional yang mana pakar kemahiran mereka diperlukan. Permohonan bagi visa dan pas profesional ini jua hendaklah dihadapkan oleh penjamin pemohon tersebut iaitu wakil daripada syarikat itu sendiri.

PERMOHONAN VISA DAN PAS PERNIAGAAN

Visa lawatan berniaga (BVV) dikeluarkan bagi perniaga-peniaga warganegara asing yang berhasrat untuk masuk Negara Brunei Darussalam bagi tujuan-tujuan yang berkaitan dengan perniagaan misalnya menghadiri mesyuarat dengan ahli-ahli lembaga pengarah, mengikuti sebarang ekspo/exhibisi, sebagai pelabur (investor) atau meneroka peulang-peluang perniagaan di Negara Brunei Darussalam.

Permohonan BVV bukan bertujuan untuk menunggu kebenaran/proses kuota di Jabatan Buruh atau bekerja dengan syarikat berkenaan. Kebenaran BVV tertakluk kepada penilaian pihak Imigresen dan dokumen-dokumen yang lengkap.

KAD URUSAN PERJALANAN APEC (KUPA)

Kad Urusan Perjalanan APEC (KUPA) dikeluarkan kepada mereka yang dikategorikan sebagai peniaga. Dengan adanya kad ABTC, pemegang mempunyai kemudahan untuk menggunakan laluan cepat (fast track lane) bagi proses pemeriksaan imigresen semasa di pos kawalan imigresen lapangan terbang antarabangsa Brunei. Penggunaan laluan cepat berkenaan juga tertakluk kepada senarai negara yang tercatat di belakang kad berkenaan dan kad ini sah digunakan bagi tempoh 5 tahun.

  1. Warganegara Brunei Darussalam yang dikategorikan sebagai ahli perniagaan adalah layak untuk memohon kad ABTC.
  2. Borang permohonan yang lengkap
  3. Dokumen perjalanan (asal dan salinan)
  4. Kad pengenalan pintar (asal dan salinan)
  5. Surat sokongan sama ada dari Kementerian Kewangan dan Ekonomi/Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan/Brunei Chamber of Commerce/Persatuan Usahawan Muda Brunei.
  6. 2 keping gambar berukuran pasport

Permohonan kali pertama: BND$100.00 (pembayaran semasa mengambil kad)

Membaharui: BND$50.00 (pembayaran semasa mengambil kad)

 

PERMOHONAN VISA DAN PAS PENUNTUT

PERMOHONAN VISA DAN PAS TANGGUNGAN

PERMOHONAN KEBENARAN TINGGAL SEMENTARA

SEBARANG PERTANYAAN DAN BAGI MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut serta untuk mendapatkan borang permohonan, orang ramai boleh berkunjung ke Bahagian-Bahagian berikut atau emel kepada info@immigration.gov.bn

Pas lawatan Sosial Jangka Panjang – Bahagian Visa, Lawatan dan Diplomatik, Tingkat 2, Ibu Pejabat Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan atau ke Pejabat-Pejabat Cawangan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan.

Pas Lawatan Berniaga dan Profesional Jangka Panjang – Urusetia Long Term Pass, Tingkat 3, Ibu Pejabat Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan.