Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksKad Pengenalan

​​​Bahagian Kad Pengenalan bertanggungjawab dalam mengendalikan permohonan bagi kad pengenalan kepada warganegara Brunei Darussalam, Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam dan warganegara asing yang berkelayakan. 

Permohonan Kad Pengenalan boleh dipohonkan di Ibu Pejabat, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan atau di Pejabat Cawangan di daerah yang lain. 


Sila rujuk Tekad Pemedulian Orang ramai (TPOR) bagi tempoh perlaksanaan perkhidmatan.


Jenis-jenis permohonan Kad Pengenalan mengikut kategori:

IMG_8687.JPG
JENIS KAD PENGENALAN MUAT TURUN BORANG DAN DOKUMEN DIPERLUKAN
Kad Pengenalan Kuning dikeluarkan kepada:
  •  Warganegara Brunei Darussalam
  • Telah mencapai umur 12 tahun ke atas.


Kad Pengenalan Kuning
Kad Pengenalan Ungu dikeluarkan kepada:
  • Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam
  • Pemegang Kad Permit Masuk / Resident Permit yang sah
  • Telah mencapai umur 12 tahun ke atas.


Kad Pengenalan Ungu
Kad Pengenalan Hijau dikeluarkan kepada:
  • Warganegara asing yang memegang pas imigresen yang sah dan tinggal di Negara Brunei Darussalam 
  • Pas Imigresen hendaklah melebihi 03 bulan.

 

Kad Pengenalan yang mansuh semasa berada di luar negeri

Warganegara Brunei Darussalam yang sedang belajar atau sedang menjalani rawatan di luar negeri adalah dinasihatkan untuk memaklumkan berhubung kad pengenalan yang mansuh di Pejabat Perwakilan ataupun Pejabat Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam yang terdekat. Pemegang Kad Pengenalan bolehlah membaharui Kad Pengenalan mereka setelah tiba di Negara Brunei Darussalam. 


Denda Kompaun

Berdasarkan kepada Peraturan 24(3), Akta Pendaftran Kebangsaan (Pindaan) 2000, jika seseorang gagal untuk mendaftar kad pengenalan pada waktunya boleh dikenakan denda kompaun maksimum tidak lebih dari BND$200.00