Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksSejarah Ringkas

​​logo imigresen brunei.png

1 Januari 1921

Titik permulaan bagi pengawalan orang-orang yang keluar masuk/ke Negara Brunei Darussalam apabila Undang-Undang Pendaftaran orang-orang Asing (Registration of Aliens) telah mula dikuatkuasakan. Berdasarkan undang-undang tersebut, setiap orang asing (bukan Rakyat British, rakyat naugan British, rakyat Sultan atau rakyat Ireland) yang sudah berada di Negara ini sebelum dikuatkuasakan adalah dikehendaki melaporkan diri ke balai polis berdekatan dalam tempoh masa tertentu untuk dikeluarkan satu surat yang ianya hendaklah dikembalikan ke tempat pendaftaran sebaik sahaja orang asing tersebut hendak meninggalkan negara ini.

14 November 1923

Undang-undang ini antara lain menghendaki setiap orang yang keluar/masuk dari/ke negara ini mestilah mempunyai dan menunjukkan pasport atau dokumen perjalanan yang sah. Manakala pada 8 Februari 1934 undang-undang ini telah digantikan dengan undang-undang pasport yang baru dan dikenali sebagai 'Pasport Rules'.

8 Februari 1934

Passport Enactment telah digantikan dengan undang-undang pasport yang baru dan dikenali sebagai 'Pasport Rules'

6 September 1947

Undang-undang Imigresen mula dikuatkuasakan. Udang-undang ini menjelaskan mengenai orang-orang yang layak dan yang dijelaskan di atas adalah dikuatkuasakan oleh pihak Polis melalui balai-balai Polis.


1955

Pasukan Polis menubuhkan satu bahagian yang dikenali sebagai Bahagian Imgresen. Bahagian ini bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan hal-ehwal Imigresen dan beroperasi di Bangunan Cawangan Khas di Jalan MacKerron, Kuala Belait sekali gus bertindak sebagai ibu pejabatnya. Dengan terbentuknya bahagian ini dijalankan oleh seorang Pegawai Imigresen, beberapa orang Penolong Pegawai Imigresen dan kakitangan yang terdiri dari orang-orang awam disamping beberapa orang Pegawai Polis.

1 Oktober 1956

Undang-Undang Pasport (Passport Rules) telah digantikan dengan satu isu lagi Undang-Undang Pasport 1956 (Passport Rules 1956). Memandangkan fungsi bahagian ini lebih diperlukan di bandar Brunei (sekarang dikenali nama Bandar Seri Begawan) maka ianya pun dipindahkan ke Tingkat 1, Bangunan Tukang Perak di Jalan Robert, Bandar Seri Begawan.